Petaling Jaya .- Ribuan pelajar sebuah universiti swasta di Kota Damansara, dekat sini, terpaksa mengosongkan bangunan tersebut selepas pihak universiti menerima panggilan terdapat bom di dalam bangunan terbabit.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi itu diterima oleh seorang staff universiti melalui panggilan telefon dari seorang lelaki yang memaklumkan perkara itu.
Beliau berkata, berikutan itu, sepasukan unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, pemeriksaan dijalankan di seluruh bangunan kira-kira satu jam setengah.
"Bagaimanapun, tiada sebarang objek disyaki ditemui dan kita masih menyiasat perkara ini," katanya ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.
Dalam pada itu, semua pelajar kemudian dibenarkan masuk ke dalam bangunan terbabit semula kira-kira pukul 2.15 petang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor