Pages

Friday, January 22, 2016

AMARAN ANGIN KENCANG


Jabatan Meteorologi Malaysia


Kota Kinabalu - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Sabah khususnya kawasan pedalaman, pantai barat, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka bermula Ahad ini hingga 27 Januari. 

Menurut laman sesawang agensi itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak. 

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut agensi berkenaan.

Selain itu, jabatan itu juga meramalkan bahawa kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang juga dijangka bermula 24 sehingga 27 Januari.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor