Pages

Friday, January 22, 2016

LELAKI TEMUI GIGI DALAM PIZZA




Ewww….jijik. Apa perasaan anda apabila tiba-tiba anda tergigit sesuatu yang keras ketika sedang makan pizza dan selepas meludahnya, barulah anda sedar bahawa ia adalah sebatang gigi?

Itu yang dilalui oleh Todd Routledge. Apabila mendapati benda yang digigitnya itu adalah sebatang gigi, Todd telah memeriksa giginya, bimbang jika ada giginya yang patah.

“Selepas melihat gigi itu, saya memeriksa gigi saya dan mendapati semuanya ada di situ,’’ katanya..

Apa yang terlintas di kepalanya ketika itu ialah mungkin tukang masak yang menyediakan pizza itu telah patah gigi dan kemudiannya dia dengan cuai meludah ke atas pizza.

“Ia menjijikkan. Saya sedang menonton TV ketika itu sambil menikmati pizza berkenaan. Pada mulanya saya sangka ia adalah serpihan barang plastik, tetapi penemuan itu amat mengejutkan,’’ katanya.

Pizza itu dibelinya di Longton, Staffordshire. Peristiwa itu bagaimanapun tidak akan menghindari Todd daripada menikmati pizza selepas ini, tapi bukan lagi pizza dari situ.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor