Pages

Thursday, January 28, 2016

IKAN BELANAK OH...! IKAN BELANAK..BAUKSIT OH..! BAUKSIT..!



Tempoh bertenang....itulah yang dapat di perkatakan waktu ini di Kuantan Pahang setelah Maratorium bauksit membawa kepada penyelesaian jangka pendek,pastinya kaedah-kaedah terbaik turut dirangka bagi penyelesaian jangka panjang untuk menangani kemelut yang melanda.

Siapa sangka perlombongan bauksit mencipta pula industri hiliran iaitu industri anak ikan belanak. Namun sayang sekali moratorium bauksit memendekkan rezeki pencari anak ikan belanak untuk dicampakkan ke dalam anak sungai sekitar Kuantan bagi membuktikan sisa toksid yang mencemarkan sungai di Kuantan akibat perlombongan bauksit.

Barangkali selepas tiga bulan seandainya industri baksit diteruskan semula,sauk bermata kecil dan jaring berbagai saiz akan laris di jual di Kuantan kerena perlunya anak ikan belanak pelbagai saiz di tabur sepanjang anak anak sungai di Kuantan kerana selama ini saiz anak belanak yang sama sahaja mati akibat toksid di Kuantan menimbulkan tanda tanya? kenapa hanya sejenis ikan yang alah kepada toksid yang dikaitkan dengan perlombongan bauksit? Ada baiknya semua sungai di Kuantan dinamakan Sungai belanak hanya kerana spesis ikan tersebut mampu hidup di situ.

Black Ops. yang kurang bijak ini yang dilakukan pihak yang berkepentingan,disambut dengan penuh minat oleh media arus perdana. Seolah justifikasinya terarah kepada MB Pahang yang harus diasak dari segenap penjuru dengan persepsi negatif. Media arus perdana terperangkap dengan arahan-arahan dari tangan ghaib yang ceria sambil mengurut misai dan janggut apabila berita sedemikian muncul secara berterusan di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen.

Media sosial tak perlulah dinafikan peranan mereka kerana kebenaran adalah bukan syarat `nombor wahid' sebaliknya menyiarkan berita separuh masak adalah tabiat setiap kali terlintas dibenak fikiran tanpa perlu berfikir panjang implikasi kepada orang lain.

Mungkin juga perlu National Geografik membuat liputan bagaimana hebatnya ikan belanak yang mampu hidup di sungai-sungai sekitar Kuantan selain keajaiban adaptasi berubah mengikut isu politik bukannya sifat semulajadi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor