Pages

Thursday, January 28, 2016

KERANA 'MATI BERAMAI-RAMAI' IKAN BELANAK JADI POPULAR DI KUANTAN

Valamugil seheli.jpg
Ikan Belanak @ Valamugil seheli


Tiba-tiba ikan belanak jadi popular di Kuantan. Ini semua gara-gara ratusan ekor dari species ikan berkenaan dilaporkan mati di Sungai Pengorak, berhampiran pelabuhan Kuantan yang diberitakan diakibatkan oleh toksid dari perlombongan bauksit.

Banyak pihak yang turut mempertikaikan kejadian berkenaan kerana beberapa alasan tertentu. Antaranya adalah; Ikan Belanak adalah species ikan laut (walaupun mampu hidup diair payau dan air tawar), Kenapakah hanya satu sepcies ikan sahaja yang mati yang didakwa akibat toksid? Kenapakah ikan-ikan yang mati hanya bersaiz sama? Kenapakah hidupan air lainnya tidak turut mati? Apakah ikan berkenaan mampu hidup diair yang sedemikian cetek?

Ada juga pihak memberi jawapan bahawa ikan belanak mati dahulu kerana ia adalah ikan yang makan dipermukaan air. Namun jawapan itu dipersoalkan... apakah toksid bauksit itu terampai diatas permukaan air dan tidak larut?

Kejadian ikan belanak 'mati beramai-ramai' itu turut menimbulkan tidak puas hati sebilangan masyarakat yang mempersoalkan apakah tidak ada perbuatan dan niat jahat pihak tertentu yang sengaja menyebarkan berita palsu demikian semata-mata untuk memburukkan keadaan dan menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat sekitar Kuantan terhadap perlombongan bauksit.

Kita harap pihak berkenaan dari agensi-agensi kerajaan yang terbabit akan tampil dengan membuat kenyataan resmi mengenai kejadian berkenaan supaya dapat meredakan kebimbangan masyarakat.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai ikan belanak yang diambil dari laman Wikipedia:

Belanak (Valamugil seheli; familia Mugilidae) adalah sejenis ikan laut tropis dan subtropis yang bentuknya hampir menyerupai bandeng. Dalam bahasa Inggeris dikenal sebagai 'blue-spot mullet' atau 'blue-tail mullet'.


Klasifikasi ilmiah
Kerajaan:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Actinopterygii
Ordo:Mugiliformes
Famili:Mugilidae
Genus:Valamugil
Spesies:V. seheli


Belanak tersebar di perairan tropis dan subtropis (FAO, 1974 dalam Adrim et al., 1988), juga ditemukan di air payau dan kadang-kadang di air tawar (Iversen, 1976). Di kawasan Pasifik belanak ditemukan di Fiji, Samoa, New Caledonia dan Australia. Sedangkan di Asia, banyak ditemukan di Indonesia, India, Filipina, Malaysia dan Sri Langka.

Ikan belanak secara umum bentuknya memanjang agak langsing dan gepeng. Sirip punggung terdiri dari satu jari-jari keras dan delapan jari-jari lemah. Sirip dubur berwarna putih kotor terdiri dari satu jari-jari keras dan sembilan jari-jari lemah. Bibir bagian atas lebih tebal daripada bagian bawahnya ini berguna untuk mencari makan di dasar/organisme yang terbenam dalam lumpur (kriswantoro dan Sunyoto, 1986). Ciri lain dari ikan belanak yaitu mempunyai gigi yang amat kecil, tetapi kadang-kadang pada beberapa spesies tidak ditemukan sama sekali.

~ Editor.





No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor