Pengasas Vida Beauty, Dato Seri Dr Hasmiza Othman ternyata terharu dan terkejut apabila dilantik sebagi Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Beliau yang disebut-sebut bakal menjadi penaja utama The Red Warriors (TRW) selama dua musim menghargai pelantikan tersebut.
"Tidak pernah terfikir pun sebelum ini untuk jadi Penasihat Kehormat Kafa. Ini merupakan satu penghargaan kepada diri saya.
"Saya pasti dengan kerjasama dijalinkan bersama Kafa, bola sepak Kelantan akan memasuki fasa baharu dan saya mahu bawa TRW kembali digeruni," katanya.
Mengulas mengenai kritikan yang dilemparkan terhadapnya berhubung dua syarat yang dikenakan, Dr Vida meminta penyokong-penyokong TRW supaya tidak cepat melatah.
"Cuba fahami hasrat saya. Saya mahu bawa pembaharuan terhadap bola sepak Kelantan. Perubahan yang saya buat ini bakal beri keselesaan kepada pemain serta penyokong.
"Saya akan buktikan pada 15 Januari bahawa apa yang saya laungkan ini bukanlah sekadar cakap kosong. Saya serius untuk majukan bola sepak Kelantan," tambahnya.
Sebelum ini, Dr. Vida mencetuskan kontroversi apabila mahu stadium dicat dengan warna merah jambu selain menukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors sebagai syarat tajaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor