Pages

Saturday, January 9, 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BENTONG MERIAH


Bentong - Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat daerah Bentong telah diadakan semalam. Perarakan ini disertai oleh beberapa jabatan jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Turut menyertai perarakan ini adalah parti UMNO Bahagian Bentong dan juga PAS Kawasan Bentong.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Bentong, Dato' Azhar Bin Hj Arshad. Turut hadir sama adalah YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob.






Perarakan sambutan Maulidur Rasul bermula daripada Masjid Sultan Hj Ahmad Syah Bentong dan berakhir di Dewan Majlis Perbandaran Bentong. Para peserta disajikan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah bebas terkenal, Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz.

Di dalam majlis ini, YAB Menteri Besar Pahang menyatakan harapan beliau agar umat islam bersatu, tanpa mengira fahaman politik. Kerana perpecahan yang berlaku sekarang, jelas merugikan umat islam. Menurut beliau, perpecahan di kalangan umat islam, bukan sahaja berlaku di negara ini malah hampir di seluruh dunia. Umat islam berpecah dan bertelagah hanya kerana berebutkan kuasa. Kerana kuasa adalah punca untuk mengumpul kekayaan dan kemewahan hidup, jelas beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor