
Cyberjaya - Seorang warga Nigeria terjatuh dari Tingkat 12, Apartment Neocyber di Lingkaran Cyberpoint Barat.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari tadi itu, Mohammad Abdul Karim Garna, 30, dikatakan cuba memasuki rumah rakannya yang terletak bersebelahan rumahnya dengan memanjat bahagian koridor.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Izman Adnan berkata, lelaki itu yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta di sini sebelum itu mengetuk pintu rumah rakannya namun tidak disedari rakannya yang sedang tidur.
"Lelaki tersebut kemudian cuba memasuki rumah rakannya dengan mengikut jalan menerusi koridor apartmennya dengan cara melompat.
"Namun dia terjatuh dari tingkat tersebut hingga ke tingkat lima," katanya. Izman berkata, pelajar berkenaan didapati terbaring di atas lantai serta tidak sedarkan diri.
"Mangsa didapati cedera parah dengan bahagian pinggang dan kedua-dua kakinya patah," katanya dan menambah mangsa kini dirawat di Hospital Putrajaya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor