
Seorang remaja bawah umur ditahan di Kilometer 37 Jalan Kuantan–Kemaman, semalam kerana menunggang motosikal curi.
Remaja berusia 15 tahun itu ditahan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Cerating untuk pemeriksaan kira-kira jam 1 petang selepas dilihat menunggang dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, hasil semakan ke atas motosikal jenis Honda EX5 itu, mendapati motosikal tersebut masih dilapor hilang berkait satu laporan polis di Beserah.
Menurutnya, remaja dan motosikal tersebut dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
“Pihak polis turut jalankan ujian saringan air kencing terhadap remaja itu bagaimanapun dia bebas sebarang pengaruh dadah,” katanya.
Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada remaja itu terlibat dalam kegiatan curi motosikal atau meminjam motosikal tersebut daripada individu lain.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor