Pages

Wednesday, November 11, 2015

TUKANG MASAK DITAHAN, MEMECAH MASUK RESTORAN


pdrm


Kuala Lumpur - Seorang tukang masak sebuah restoran bersama remaja lelaki berusia 13 tahun, ditahan kerana dipercayai memecah masuk sebuah restoran lain di Jalan Laman Rimbunan Raya, Kepong pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohd Sukri Kaman berkata, dalam

kejadian 6.30 pagi itu, kedua-dua mereka ditahan ketika cuba melarikan diri, setelah memecah masuk restoran itu, di tingkat dua premis perniagaan di kawasan berkenaan.

Tukang masak berusia 24 tahun itu ditahan ketika cuba mencampak keluar beg mengandungi peralatan yang dipercayai digunakan untuk memecah masuk restoran itu, katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, beg yang dicampaknya, antara lain mengandungi spanar, satu besi tajam, pemutar skur serta playar, dan polis turut merampas sebuah kereta dipercayai milik suspek.

Mohd Sukri berkata remaja lelaki itu pula, cedera parah apabila cuba melarikan diri dengan terjun daripada tingkat dua bangunan berkenaan.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan dihantar ke Hospital Selayang, dan keadaannya dilaporkan kritikal kerana mengalami pendarahan dalaman akibat jatuh dari tempat tinggi," katanya.

Beliau berkata remaja itu merupakan jiran tukang masak terbabit, yang kedua-duanya tinggal di Balakong.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor