Pages

Wednesday, November 11, 2015

MUNGKIN GUNA DRONE HANTAR BANTUAN BANJIR?


drone


Kuala Lumpur - Malaysia berminat menggunakan pesawat tanpa pemandu, Drone, bagi perkhidmatan penghantaran terutamanya bantuan kemanusiaan melalui udara kepada mangsa-mangsa di kawasan banjir di negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, idea itu tercetus selepas perkhidmatan pos Switzerland, Swiss Post Solution, memberi taklimat kepadanya mengenai projek terbaharu syarikat itu menggunakan Drone bagi penghantaran pos.

"Projek ini boleh dilaksanakan di Malaysia pada masa akan datang seperti penghantaran barangan ke pusat-pusat pemindahan banjir serta untuk tujuan penting lain," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Jailani dalam rangka lawatan enam hari ke Switzerland sejak Sabtu lepas.

Beliau juga tertarik dengan usaha syarikat itu mengatasi pelbagai cabaran dalam pengumpulan data dan lokasi penduduk walaupun bentuk muka bumi Switzerland bergunung-ganang.

Jailani berkata, dengan kerjasama pelbagai pihak, syarikat berkenaan mampu menyelaras maklumat yang dikumpul untuk merangka sistem laluan penerbangan perkhidmatan posnya.

Drone boleh mengangkut muatan seberat 1 kilogram bagi laluan lebih 10 kilometer.

Pada Julai lepas, Swiss Post Solution mula melakukan ujian penghantaran bungkusan menggunakan Drone, menurut portal berita The Guardian.

Perkhidmatan itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lagi, lapor portal berita itu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor