Perlaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) membuka peluang kepada masyarakat luar bandar untuk lebih berdaya sainga dengan masyarakat bandar melalui pelan tranformasi bukan sahaja kepada kemudahan dan prasarana tetapi pembinaan modal insan.
"Melalui Empower ECER ini,penduduk luar bandar seharunya berasa beruntung kerana perhatian yang diberikan oleh kerajaan khususnya dalam membangunkan modal insan dan membantu kecemerlangan akademik pelajar"
YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang |
"Pelajar cemerlang yang lahir dari program ini seharusnya turut memikul tanggungjawab sosial bila mereka dewasa nanti akan kembali menabur bakti kepada masyarakat dengan menyumbang idea untuk memajukan masyarakat di kampung sendiri melalui kemahiran dan pengalaman yang mereka ada"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin,Exco pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.
Seramai 18 pelajar yang telah mendapat keputusan 5A dibawah Program Juara Empower ECER diraikan dalam satu majlis di sini.Mereka terdiri daripada pelajar luar bandar dari SK Kuala Sentul,SK Bukit Bota,SK Seri Keramat dan SK Maran.
YB Dato'Shahaniza dan En Zukifli bin Yaakub(3 darii kanan) Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Modal Insan menyampaikan sumbangan kepada pelajar Program Juara Empower ECER Maran |
Melalui Empower ECER yang merupakan salah satu inisiatif dibawah program pembangunan modal insan yang dilancarkan oleh ECERDC pada tahun 2010.
Inisiatif ini merupakan serampang dua mata dibawah program holistik ECER yang bertujuan merapatkan jurang ekonomi diantara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Fokus uprogram adalah kepada program Latihan Kemahiran Keusahawanan untuk orang dewasa,dan Proram Latihan Akedemik untuk pelajar yang mengambil pepriksaan utama di Wilayah Ekonomi Pantai Timur. (ECER)Kumpulan sasar bagi program Akademik ialah para pelajar yang miskin yang lemah prestasi akademik manakala kumpulan sasar bagi golongan belia dan dewasa yang kurang bernasib baik.
Di Pahang Empower ECER telah diperkenalkan buat pertama kali di daerah Bentong pada tahun 2010 dan kini ianya di perluaskan di kawasan Cameroon Highland,Jerantut,Lipis,Maran ,Pekan,Raub,Rompin,Temerloh,Kuantan dan Bera.
Kini terdapat seramai 20,699 peserta Latihan Akademik dan 6,835 Latihan Kemahiran dan Keusahawanan telah dan sedang mengikuti Program Empower ECER di Negeri Pahang dari tahun 2010 hingga 2015.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor