Petaling Jaya - Empat pelajar ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tasik ketika kejadian di Tasik Ara Damansara, dekat sini, petang semalam.
Mangsa yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang itu dikenali, Mohd Fikry Mohamad Ady, 14; Norasyikin Jamil, 12; Hafiz Hakimi, 14; dan Raja Islandar Shah, 13.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zaini Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.45 petang dari bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Menurutnya, gerakan mencari dan menyelamat dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pada jam 5.30 petang menemui mayat pertama kira-kira jam 6.06 petang, mayat kedua ditemui sebelum beberapa minit kemudian menemui dua lagi mayat mangsa.
"Kesemua mayat telah dikenalpasti oleh ahli keluarga yang datang ke tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata, maklumat awal yang diperolehi menunjukkan kejadian ini berpunca dari salah sorang mangsa lemas ketika cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke dalam tasik.
Katanya lagi, rakan yang lain cuba menyelamatkan namun tidak berjaya sebelum kesemua mereka turut lemas.
Memetik laporan The Rakyat Post, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya berbegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, ketika bomba sampai di tempat kejadian, seorang mangsa yang berusia 14 tahun ditemui orang ramai dan usaha mencari tiga lagi mangsa yang dipercayai lemas.
Mohd Sani berkata, kes tersebut diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor