Johor Bahru - Seorang juruterbang sebuah pesawat ringan cedera ketika melakukan pendaratan kecemasan di Padang Golf Palm Villa Senai, hari ini.
Pesawat ringan jenis Piper Warior PA 28 dipercayai terhempas ketika melakukan pendaratan kecemasan di kawasan berkenaan kira-kira jam 1 petang.
Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 1.06 petang sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan seorang juruterbang pesawat berkenaan yang merupakan seorang warga Singapura cedera di beberapa bahagian anggota badan.
“Laporan awal kita terima, mangsa yang merupakan juruterbang pesawat ringan berkenaan adalah warganegara, Singapura.
“Mangsa sudah dikejarkan ke Hospital Kulai untuk rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan,” katanya.
Apa dia buat kat udara msia...?
ReplyDelete