Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) akan mewujudkan lima lagi Agro Bazaar Rakyat 1Malaysia di negeri ini tahun hadapan.
Pengerusinya, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, buat masa ini tiga daerah sudah mempunyai Agro Bazaar berkenaan termasuk di Kuantan yang merupakan Agro Bazaar Rakyat 1Malaysia di negara ini.
Menurutnya, lima daerah terlibat adalah di Bentong, Raub, Lipis, Temerloh dan Kuala Krau.
“Ia adalah seiring dengan hasrat kerajaan dalam pembentangan bajet 2016 yang mahu bilangan Agro Bazaar ditambah.
“Hasrat tersebut amat baik memandangkan harga yang ditawarkan di agro berkenaan adalah lebih rendah kerana bekalan dihantar terus daripada petani,” katanya ketika ditemui pada Program Memasak Asyura anjuran Pasfa dengan kerjasama Umno Bahagian Indera Mahkota, di sini, semalam.
Mustaffar Kamal berkata, sejak beroperasi, Agro Bazaar mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan keperluan harian yang segar dan murah.
Beliau berkata, kebanyakan harga barang keperluan terutama barang basah menawarkan harga lebih rendah iaitu sehingga 10-15 peratus berbanding di tempat lain.
“Pada tahun hadapan juga Pasfa akan memberikan tumpuan terhadap projek pembekalan daging segar.
“Justeru, kita sedang giat menjalankan permanian berhadas untuk ternakan lembu agar bekalan daging mencukupi,” katanya.
Mustaffar Kamal berkata, beliau yakin Pasfa dapat menjayakan projek berkenaan memandangkan terdapat lebih 1,500 lembu di ladang ternakan di Muadzam Shah.
Pada program itu, sebanyak enam kawah asyura dimasak secara bergotong-royong dan diagihkan kepada kakitangan dan orang ramai.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor