Wakayama - Seorang lelaki warga China di tahan oleh pihak berkuasa selepas taktiknya dengan menyamar menjadi wanita untuk mengintai di sebuah spa terkenal di sini berjaya dikesan.
Xia Liang, 36, ditahan di Spa Sakinoyu iaitu sebuah spa yang mempunyai kolam air panas di persisir laut di Wakayama, barat Jepun.
Menurut jurucakap polis bandar Shirahama, lelaki berkenaan menyamar menjadi wanita dengan berpakaian tradisional Jepun, Kimono berwarna merah serta berambut panjang.
"Malah lelaki berkenaan turut mengenakan gincu serta membuat rawatan kuku di situ," katanya dipetik AP.
Bagaimanapun, dua orang pengunjung spa berkenaan menyedari perkara itu selepas melihat seorang pengunjung yang berkelakuan pelik memasuki ruang persalinan pakaian dan kemudian mengambil gambar 'selfie'.
Tambah polis itu lagi, Xia yang berkunjung ke Jepun selama enam hari bersama seorang wanita ditahan atas tuduhan menceroboh dan hasil pemeriksaan di telefon bimbit lelaki itu bagaimanapun tidak menjumpai gambar wanita yang diambilnya di spa itu.
"Biasanya, apabila perkara-perkara ini berlaku, ia mempunyai unsur-unsur lucah walaupun ini mungkin agak berbeza,'ujarnya.
Sementara itu, lelaki berkenaan mendakwa dia melakukan perbuatan itu hanya untuk melihat pemandangan dari kolam mandi wanita yang dikatakan menarik walaupun mengetahui lelaki tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor