Penduduk di sekitar Bandar Jengka akan menikmati lonjakan ekonomi berikutan satu lagi pembangunan kawasan perniagaan yang mengandungi 181 unit kedai dua tingat di atas tanah seluas 8.9 hektar.
Jika dahulunya kawasan ini dikenali dengan jolokan "Matau" oleh penduduk sekitar Bandar Jengka,Pembangunan kawasan tersebut akan menukar landskap "Matau" yang tidak tersusun dan terancang .Tun Razak Bussines Park meliputi pelbagai kemudahan asas seperti dua taman reakrasi,dewan,surau dan apa yang menarik ialah medan selera yang berkonsepkan "alfresco".
Tun Razak Bussiness Park ini menelan kos sebanyak RM 100 juta dan apabila siap sepenuhnya pada awal 2018 dengan merangkumi 3 fasa dimana fasa pertama kedai dua tingkat berkeluasan lantai antara 2,048 kaki persegi dan 6.932 kaki persegi telah habis dijual manakalan fasa 2 dan 3 masih dalam proses penjualan.Harga yang ditawarkan oleh pemaju ialah antara RM 678,000 dan RM 2.79 juta.
Dengan pembinaan Tun Razak Bussines Park oleh Mentiga Develoment and Contruction Sdn. Bhd. dan Top Land Resources Sdn. Bhd,diharap penduduk kawasan sekitar akan mendapat manafaat dengan limpahan kegiatan ekonomi meliputi peluang perniagaan dan pekerjaan.
Turut hadir dimajlis upacara pecah tanah Tun Razak Bussines Park yang di sempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakub,Exco Kerajaan Negeri Pahang YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin,YB Syed Ibrahim Syed Ahmad,ADUN DUN Jengka YB Dato'Wan Salman Wan Ismail,ADUN Chenor YB Arifin, Pengarah Pembangunan Negeri, Dato’ Mohd Roslan Harun; Pegawai Daerah Maran, Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha; dan, Pengarah Urusan, Mentiga Corporation Bhd, Dato’ Mohd Nasir Putih.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor