Sandakan - Beberapa pemimpin dan ahli Pas di negeri ini yang diketuai Hamzah Abdullah keluar dari parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Hamzah yang merupakan bekas Pesuruhjaya Pas Sabah dan pengasas awal Pas di Sabah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Sabah.
Mereka menyerahkan borang keanggotaan kepada Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus di sini hari ini.
Hamzah ketika ditemui pemberita berkata antara ahli Pas yang menyertai Amanah ialah bekas Naib Ketua Pemuda Pas Negeri, Harris Alimuddin dan Ketua Penerangan Pas Semporna, Mohd Shaman Palah.
Katanya, mereka merupakan antara 40 orang kumpulan awal Sabah yang menyertai Amanah.
Menurutnya pada peringkat awal, enam cawangan Amanah telah ditubuhkan di kawasan Batu Sapi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor