Henan - Tindakan seorang guru tadika memuat naik foto pelajarnya dalam keadaan berbogel di laman sosial dikecam netizen di China.
Guru yang hanya dikenali sebagai Ma berkata, tindakannya itu adalah bertujuan untuk mengajar pendidikan seks kepada anak muridnya itu dan membantu mereka untuk belajar tentang erti kehidupan.
Memetik Sina News, Ma berkata, dia memuat naik gambar tersebut di laman WeChat kerana merasakan gambar kanak-kanak tersebut comel.
Malah menurutnya lagi, pelajar lelaki dan perempuan turut diasingkan bagi menghormati privasi kanak-kanak tersebut.
Namun, tindakan guru tersebut ternyata mengundang pelbagai kritikan malah ibu bapa pelajar yang terlibat kecewa dan terkejut selepas melihat foto anak mereka dalam keadaan berbogel tersebar di laman sosial.
Ibu-bapa tersebut kemudian menuntut penjelasan pihak sekolah dan meminta supaya guru yang terbabit dipecat.
Netizen turut melahirkan rasa pelik dan menyoal mengenai sistem pendidikan yang diamalkan.
"Saya turut mempunyai anak yang belajar di tadika dan jika ini berlaku kepadanya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata pelayar.
Sementara itu, guru serta pengarah tadika itu memohon maaf di atas insiden tersebut, namun status sama ada guru tersebut dipecat atau sebaliknya masih belum diketahui.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor