Kampung Gajah - Kira-kira 100 masyarakat bersama lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Pasir Salak membuat laporan polis susulan tindakan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin.
Adun Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Ahmad Razali berkata, tindakan peserta Bersih adalah perbuatan yang tidak boleh dijadikan contoh.
Menurutnya, perbuatan peserta Bersih yang memijak gambar pemimpin boleh mengguris hati orang Melayu dan berunsur provokasi.
“Tidak kiralah sama ada perdana menteri atau presiden sesuatu parti politik, ia memedihkan hati orang Melayu kerana gambar yang dipijak adalah pemimpin Melayu,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kampung Gajah, kelmarin.
Beliau berkata, perbuatan itu tidak menunjukkan matlamat perjuangan Bersih 4.0 yang mahukan sebuah negara dipimpin secara bersih.
Jelasnya, penganjuran perhimpunan itu boleh dianggap tidak bertamadun dan tidak menampakkan ketokohan atau penganjur Bersih yang mahukan masyarakat yang bersih.
“Dia mahu masyarakat yang bertamadun, baik, adil dan bebas rasuah, tetapi yang mereka lakukan suatu bercanggah dengan apa yang mereka perjuangkan,” katanya.
Antara NGO yang hadir Persatuan Ketua Kampung Dun Kampung Gajah, Persatuan Ketua Kampung DUN Sungai Manik, Majlis Belia Felcra, ahli jawatankuasa Masjid Pasir Salak, dan Majlis Belia Daerah Kampung Gajah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor