Pages

Saturday, September 19, 2015

SUMBANGAN ZAKAT BANTU PELAJAR KURANG MAMPU


Sumbangan zakat bantu pelajar kurang mampu


Sumbangan zakat daripada syarikat korporat banyak membantu pelajar kurang mampu.

Timbalan Pengarah Kampus (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan , Prof Madya Dr Nik Mazlan Mamat berkata, UIAM mempunyai 4,000 pelajar yang sedang melanjutkan pengajian membabitkan pelbagai kuliyah.

Menurutnya, sumbangan zakat amat membantu pihak universiti meringankan beban mahasiswa yang kurang mampu.

“Justeru, kita mempelawa syarikat swasta dan usahawan di negeri ini membayar zakat perniagaan mereka kepada UIAM untuk diagihkan kepada pelajar.

“Ini bagi membantu golongan pelajar yang terdiri daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah termasuk mereka yang gagal mendapat pinjaman serta bantuan,”katanya .” katanya ditemui selepas meninjau proses membuang undi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM di dewan Kuliyah Sains, di sini.

Dr Nik Mazlan berkata, ada beberapa syarikat swasta terkemuka di negeri tampil membayar zakat perniagaan mereka sejak beberapa tahun lalu dengan matlamat untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Beliau berkata, UIAM kampus Kuantan turut menerima zakat harta daripada lebih 1,400 pensyarah termasuk kakitangan yang layak dan setiap tahun golongan terbabit tampil menunaikan tanggungjawab masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor