Pages

Saturday, September 19, 2015

PATAH, PECAH TULAH BELAKANG


Patah, pecah tulang belakang


Seremban - Seorang ibu tunggal merayu bantuan kewangan untuk menampung pembedahan anak gadisnya, Rajaa Nabilah Nasharudin, 18, yang kini mengalami masalah patah dan pecah tulang belakang.

Menurut Rohayah K Ibarahim, 50, dia memerlukan bantuan RM10,000 bagi menampung kos pembelian peralatan yang diperlukan untuk tujuan pembedahan.

Katanya, menurut doktor pakar yang merawat Rajaa Nabilah, Hospital Tuanku Jaafar Seremban ini tidak mempunyai kelengakapan lengkap untuk menjalankan pembedahan berkenaan.

"Ada tiga barang yang diperlukan oleh doktor pakar sebelum menjalani pembedahan, iaitu Titanium Polyaxial Screw, Titanium Rod dan Crosslink. Kesemua barangan ini bernilai RM10,918 dan saya perlu membeli sendiri di syarikat pembekal yang dicadangkan oleh doktor, bagi membolehkan hospital melakukan pembedahan dengan segera.

"Masalahnya sekarang, kami tak ada wang sebanyak itu, dan mana mungkin saya sebagai ibu tunggal yang tak bekerja, dan menampung lima anak yang masih bersekolah, boleh dapatkan wang dalam masa yang singkat.

"Masa depan anak saya masih muda, jika saya biarkan dia terlantar dan terbaring begitu sahaja, saya bimbang ia akan memberi kesan buruk terhadap dirinya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pembangunan Masyarakat Negeri Sembilan, Mohd Aryan Kailash Arumugam dan Ketua Putera MIC negeri, Dineshwaran T Rajagopalu.

Tambahnya, Nabilah terpaksa menangguhkan pengajiannya di kolej dan hanya terlantar di atas katil serta terpaksa memakai lampin pakai buang, untuk menguruskan dirinya.

Tambah Rohayah, dia berharap permohonan yang dibuat di Baitulmal diluluskan segera bagi membolehkan anaknya menjalani pembedahan.

“Saya hanya minta kos pembedahannya dapat dikumpulkan pada masa terdekat, kerana khuatir jika lambat ia akan memberi kesan yang lain pada tubuh badannya," katanya.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib Rajaa Nabilah, boleh menyalurkan sumbangan di akaun peribadinya, BSN 0511229000097635.

Dalam pada itu, Nabilah memberitahu, pada 11 September lalu, dia tergelincir dan jatuh ke lantai dan punggungnya terhentak menyebabkan kakinya kebas, tetapi dia tidak mengendahkannya kerana menyangka ia hanyalah sementara.

Namun, setelah tengah malam, dia merasa sakit di bahagian pinggang dan punggung serta tidak mampu mengerakkan badannya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor