Frankfurt - Sebuah gambar yang menunjukkan seekor gorila yang masih mengendong anaknya yang telah mati sejak seminggu mengundang simpati dan membuktikan ikatan yang kuat antara ibu dan anak.
Gorila yang diberi nama Shira dilihat mundar-mandir di sekitar sangkarnya di Zoo Frankfurt, Jerman sambil mengendong anaknya yang telah mati.
Shira dilihat tidur dengan meletakkan anaknya di dada dan akan cuba untuk membangunkan anaknya itu setiap pagi.
Pengarah Zoo, Manfred Niekisch berkata, keadaan anak gorila itu masih baik pada Khamis pagi namun apabila waktu petang ia tiba-tiba mati, tanpa menunjukkan sebarang tanda.
"Kami masih tidak tahu mengenai punca kematian anak gorila itu," katanya dipetik Metro.uk
Menurut Manfred lagi, ikatan gorila dan bayi amat rapat.
"Shira memerlukan masa dan ruang untuk menerima kehilangan bayinya itu," katanya lagi.
Penjaga zoo akan memasuki sangkar mengambil haiwan itu untuk mengetahui punca kematian selepas Shira bersedia untuk melepaskan anaknya itu
Anak gorila tersebut mati selepas seminggu dilahirkan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor