Pages

Friday, July 17, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : SELAMAT HARI RAYA



Salam 1 Malaysia. Tok Awang serta kakitangan PahangKu Media ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua anak cucu, sahabat andai serta para pembaca Portal PahangKu yang dikasihi.

Dikesempatan ini juga kami ingin memohon maaf sekiranya ada yang tidak memuaskan hati para pembaca budiman sekelian sepanjang Portal ini  beroperasi.

Tok Awang percaya bahawa peranan media dan media sosial adalah untuk menyebarkan maklumat kepada komuniti, namun dalam kebebasan bermedia sosial ada juga pihak yang dengan sengaja menyebarkan berita-berita palsu dengan tujuan untuk menimbulkan kekecohan serta kebencian dikalangan masyarakat.

Dalam kebebasan bermedia dan dunia tanpa sempadan ini, Tok Awang ingin berpesan agar kita berhati-hati dan bijaksana dalam menerima dan menyebar berita-berita yang kita dapati. Jangan kita sama ada dengan atau tanpa sedar dijadikan alat golongan tertentu dengan tujuan tertentu terutama merosakkan negara melalui kenyataan dan fitnah-fitnah terhadap para pemimpin.

Memang salah jika kita mencipta fitnah memburukkan seseorang namun kita juga akan dipersalahkan atas kebodohan kita apabila menerima berita-berita palsu tanpa menilai baik buruknya dan menyebarkan berita tersebut kepada orang lain, maka jadilah kita agen penyebar berita palsu dan fitnah. Apakah kita ingijn menjadi sebahagian dari golongan orang-orang yang fasik itu?

Mulai dari berpuasa lagi, tak henti Tok Awang mendengar dentuman mercun. Membakar mercun bukanlah budaya kita. Bukan budaya Melayu dan Islam juga. Yang menghairankan Tok Awang, dalam kita mengeluh kononnya harga barang meningkat serta GST, kenapa masih ada lagi yang berbelanja dengan membazir?

Konon rakyat dalam kesusahan atas perlaksanaan GST, tapi hakikatnya kita masih ada banyak duit untuk membelanjakan kepada perkara-perkara yang membazir dan tidak mendatangkan faedah sedikitpun.

Tok Awang malas nak bercakap banyak, nanti anak cucu merasa benci dan bosan mendengar leteran Tok Awang.

Akhirul kalam, sekali lagi Tok Awang ucapan Selamat Hari Raya kepada semua. 


Tok Awang Selampit.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor