POMPEII menurut sejarah lama mengisahkan sebuah kota terkemuka dalam Empayar Rom yang akhirnya ‘ditenggelamkan’ dengan lava dan debu gunung berapi sekitar 1,500 tahun dahulu.
Terletaknya di Itali, Kota Pompeii adalah salah sebuah kota moden yang terletak di kaki gunung.
Kota tersebut cukup terkenal sehingga mampu menarik sesiapa sahaja termasuk peniaga dan pedagang untuk berkunjung ke kota tersebut.
Suatu ketika dahulu, Pompeii digambarkan sebagai salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain.
Antara senario biasa di kota tersebut adalah masyarakatnya yang bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan, di jalanan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.
Kehidupan Kota Pompeii yang meriah menemui titik noktah pada 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), apabila gunung berapi Vesuvius meletus selama dua hari berturut-turut dan melenyapkan apa sahaja yang berada di laluannya.
Kota tersebut hilang dalam lipatan sejarah dan tidak ada sesiapa muncul untuk menceritakan ketamadunan Pompeii atau mengakui kewujudan kota tersebut.
Sejarah kota ini kekal tertanam di kaki Gunung Vesuvius sehinggalah pada tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.
Kerja mengorek tanah yang giat dijalankan terhenti sebaik sahaja salah seorang pekerja menemui selepas menemui objek aneh tertanam di dalam tanah.
Objek aneh berbentuk tinggalan artifak itu dikeluarkan satu persatu dan kerja cari gali dilakukan lebih giat di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius dilaporkan meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.
Kerja mengorek tanah penemuan Kota Pompeii hanya dijalankan 76 tahun kemudian selepas Putera d’Elboeuf mendengar kewujudan artifak dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.
Atas arahan putera itu, pekerja diupah bagi meneruskan penggalian dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan dikorek keluar.
Misteri Kota Pompeii yang ribuan tahun tenggelam di kaki gunung berkenaan akhirnya terbongkar.
Penemuan kota purba itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.
Antara artifak yang ditemui termasuk tembikar, pasu, dan barangan purba.
Selain itu, pencari gali turut melaporkan menemui puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan!
Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
Kesemua patung yang ditemui mempamerkan raut wajah terkejut dan ketakutan seolah-olah terkejut dengan bencana yang datang secara tiba-tiba.
Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii.
Kota tersebut dibina sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan sehinggalah gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletus lava panas sehingga membanjiri kota itu.
Tiada seorang pun daripada penduduk terselamat.
Debu tebal bencana itu terus menenggelamkan serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia dan turut menukarkan penduduknya menjadi patung batu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor