Pages

Friday, July 17, 2015

JURUTERA GAZA DIPENJARA


Jurutera Gaza dipenjara


Baitulmaqdis - Mahkamah Israel kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap jurutera warga Palestin kerana membantu gerakan Hamas untuk meningkatkan keupayaan roket yang digunakan untuk menentang negara Yahudi.

Dirar Abu Sisi ditahan rejim Zionis ketika mengunjungi Ukraine pada 2011.

Selepas ditahan, bekas ketua loji janakuasa Gaza itu dipindahkan secara rahsia ke Israel.

Dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Daerah Beersheba, Abu Sisi mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan termasuk menyertai pertubuhan militan dan menaik taraf roket buatan sendiri milik sayap bersenjata Hamas yang digunakan untuk menentang rejim Zionis. 

"Tertuduh didapati bersalah atas kesalahan yang dilakukan selama beberapa tahun terhadap keselamatan negara serta beberapa tuduhan lain," kata seorang pegawai.

Pejuang Palestin di Semenanjung Gaza sering melancarkan serangan roket dan bom mortar ke wilayah Israel sejak beberapa tahun lalu namun serangan berkenaan semakin berkurangan sejak perang pada 2014.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor