
Alor Setar - Polis telah menemukan senjata tajam yang digunakan oleh suspek wanita untuk memotong bayi perempuannya kepada lapan bahagian dalam kejadian yang berlaku di Kampung Manggol, Jitra.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Abdul Rahim Abdullah berkata, sebilah pisau pemotong sayur berukuran 20cm ditemui dalam bekas polisterin berwarna putih dalam bilik mandi rumah datuk suspek kira-kira 6.15 petang semalam.
Beliau berkata, suspek yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini telah membawa anggota polis ke tempat kejadian dengan menunjukkan senjata yang digunakannya itu.
"Polis telah merampas pisau itu untuk dijadikan barang kes," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Katanya, suspek yang belum berkahwin itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang semalam sementara menunggu laporan DNA bayi.
Abdul Rahim berkata, laporan penyiasatan lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dituduh di Mahkamah Jitra mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali akan dikenakan.
Pada 7 Julai lepas, seorang wanita berusia 31 tahun ditahan berikutan penemuan beberapa bahagian bayi yang baru dilahirkan di dalam tangki tandas rumah datuknya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor