Pages

Saturday, June 6, 2015

PENGGUNA PAHANG BAKAL NIKMATI HARGA BERPATUTAN


Datuk Shahiruddin Ab Moin


Kerajaan negeri Pahang akan memastikan pengguna di negeri ini mendapat barangan keperluan pada harga berpatutan terutama menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri melalui program Raya Ria - Keceriaan Aidilfitri Anda Tahun Ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata, program hasil inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu menawarkan 273 jenis barangan dengan harga yang rendah.

"Program Raya Ria - Keceriaan Aidilfitri Anda Tahun Ini disertai sebanyak 60 peniaga di seluruh negeri Pahang termasuk pusat beli belah utama dan premis kecil-kecilan.

“Menjelang musim perayaan biasanya orang ramai memerlukan sedikit perbelanjaan tambahan dan menerusi program ini pengguna dapat membuat pilihan yang bijak berdasarkan bajet mereka," katanya selepas melancarkan program berkenaan di sebuah pasar raya besar di sini, hari ini.

Beliau turut melahirkan keyakinan, peniaga masih tetap dapat memperoleh keuntungan walaupun menawarkan barangan berkualiti pada harga berpatutan.

Dalam pada itu, katanya sebanyak 348 kes telah dicatatkan hasil pemeriksaan ke atas 66,640 buah premis di seluruh Pahang dalam Ops Catut yang bermula 1 April lepas.

Katanya, terdapat lima kes sedang menunggu kelulusan Timbalan Pendakwa Raya untuk dihadapkan ke mahkamah melibatkan kedai runcit, pasar raya dan kedai gas atas kesalahan menawarkan barangan pada harga yang tidak sepatutnya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor