Kota Bharu – Tiada pendatang asing tanpa izin (Pati) atau aktiviti pemerdagangan manusia dikesan di sempadan Kelantan-Thailand.
Panglima 8 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brigedier Jeneral Datuk Azmy Yahya berkata, fokus untuk mengawal aktiviti di sempadan akan diperketatkan dari masa ke semasa.
“Tiada kemasukan Pati di kawasan hutan dikesan, anggota akan buat rondaan untuk mengawasi kawasan sempadan supaya tidak dibolosi.
“Sekiranya ada aktiviti cuba wujudkan penempatan, kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada media ketika ditemui di majlis penyerahan sumbangan banjir oleh Badan Kebajikan Anggota Tentera Malaysia (Bakat) di Kem Desa Pahlawan di sini, semalam.
Tambahnya, kawalan dari segi rondaan oleh anggota juga akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sempadan bebas dari sebarang pencerobohan dan aktiviti negatif.
“Kita fokus pada aktiviti penyeludupan manusia, senjata api dan dadah. Setakat ini keadaan keselamatan di sepanjang sempadan terkawal dan sentiasa di bawah pengawasan rapi,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor