Seorang lelaki ditemui mati di Kilometer 228.6 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan Kuantan selepas pihak LPT mendapati cebisan mayat bertaburan di atas jalan, awal pagi kelmarin.
Siasatan awal polis mendapati kemalangan berkenaan membabitkan sebuah motosikal yang dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke Kuantan.
Ketua Penguat Kuasa Tadbir dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai C Abinash, 21, dipercayai terbabas ke kanan jalan dan bergesel dengan besi pengadang di tengah jalan menyebabkan mangsa jatuh.
“Mangsa kemudiannya mungkin dilanggar beberapa kenderaan yang melalui jalan berkenaan mengakibatkan cebisan mayat mangsa bertaburan di atas jalan,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang beralamat di Taman Saha Indah Mentakab menunggang motosikal jenis Yahama LC.
Hasil siasatan juga, katanya, terdapat kesan geseran dan cat motosikal di besi pengadang di tengah jalan berkenaan dan kesan laluan tayar motosikal pada rumput berdekatan besi pengadang itu.
Katanya, jalan di tempat kejadian lurus dan jalan sehala dua lorong manakala cuaca pula dalam keadaan baik.
“Polis meneruskan siasatan dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor