Pages

Monday, June 8, 2015

1MDB BAYAR BALIK PINJAMAN AS$975


1MDB


Kuala Lumpur - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat bayaran penuh pinjaman berjumlah AS$975 juta (RM3.6 bilion) kepada satu sindiket bank-bank antarabangsa, selari dengan pelan rasionalisasi yang diluluskan oleh Kabinet.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden/Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, pembayaran semula itu membuktikan komitmen syarikat dalam mengurangkan paras hutangnya.

"Pada 29 Mei, Kementerian Kewangan mengumumkan rancangan 1MDB untuk membayar pinjaman berjumlah AS$975 juta kepada sindiket bank-bank antarabangsa berkenaan.

"Hari ini kami gembira untuk mengesahkan bahawa pinjaman itu sudah dibayar sepenuhnya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor