Pages

Saturday, May 9, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : MASA DEPAN POLITIK NEGARA YANG CELARU



Lama juga dah atok tak menulis. Ramai anak cucu bertanya kenapa. Sebenarnya atok kurang sihat balik dari Rompin dahulu, bukan kerana banyak atau 'gesak' makan udang galah, tapi kerana cuaca, udara berjerubu.

Sebenarnya dari Rompin atok terus ke Permatang Pauh untuk meninjaubagaimana pilihanraya disana pula. Dizaman muda atok sanggup berkayuh basikal untuk berkempan memperjuangkan UMNO. Semangat anak muda waktu itu meluap-luap, maklumlah baru lepas merdeka dan baru lepas dari diperintah oleh bangsa lain.

Zaman ini dah berubah, seperti mana dengan muzik juga, anak mudah rela biarkan negara hancur dan dikuasai oleh negara barat, konon itulah kemajuan.

Masa atok melawat ke Felda Keratong dulu, anak mudanya sudah lupa pada sejarah bagaimana ibu-bapa mereka yang datang dari Kedah dan Kelantan, yang tidak memiliki apa-apa disana diterima masuk jadi peneroka Felda di sini. Merek sangat berterima kasih kerana mendapat kehidupan yang lebih selesa dari di kampong halaman sendiri.

Setelah berdekad mereka disini, rumah papan dan bertukar jadi rumah banglow dengan kehidupan mewah seadanya, generasi anak cucu mereka sudah lupa daratan dan menganggap kerajaan zalimi mereka. Zalimkah bila kehidupan mereka lebih sempurna dari sebelumnya? 

Atok faham bahawa jiwa muda adalah jiwa berontak. Jiwa yang menentang arus. Tapi jiwa muda juga selalunya kurang matang dalam bertindak dan selalu menyangka jalan salah yang mereka ikuti itu adalah jalan yang benar.

Ramai dari kalangan anak muda mudah digoda untuk menentang kerajaan. Mereka begitu mudah terhasut oleh pembangkang. Mereka belum tahu niak pembangkang itu hanya untuk berkuasa namun apabila sudah mendapatnya, anak mudah ini tidak juga akan diperjuangkan lagi.

Tidakkah mereka hairan bagaimana politik dipermainkan oleh pembangkang? Lihat di Permatang Pauh, apabila Anwar tidak layak jadi wakil, Wan Azizah tanding... kemudiannya letak jawatan konon untuk beri tumpuan jaga cucu. Anwar jadi wakil semula dan kali ini bila kelayakan Anwar ditarik balik, Wan Azizah tanding semula. Apakah politik dan Permatang Pauh hanya untuk Anwar dan keluarganya sahaja?

Apakah perjuangan pembangkang khususnya PKR hanya untuk Anwar? Jelas sekali tidak ada perjuangan untuk membela rakyat bahkan tentu Wan Azizah tidak mampu memberi khidmat kepada 2 kawasan dalam satu masa, tapi apakah pembangkang peduli? Kerana hati mereka telah hitam..., dan mereka dah jadi pencaacai tahap 'hitam'.

Di Permatang Pauh, kepala atok cedera kena balingan botol ketika pemuda PKR merusuh. Dalam hati atok bertanya, inikah politik di Malaysia? Inikah makna kebebasan bersuara dan berpolitik? Mungkin kita patut pandang ke Mesir atau Iraq. Pemimpin diturunkan oleh rakyat... tetapi akhirnya apakah mereka mendapat yang lebih baik dari sebelum ini? 

Apa jaminannya apabila pemimpin bertukar hidup kita akan lebih senang? Harga barangan tidak akan naik? Rakyat akan hidup lebih selesa dan ekonomi akan lebih baik? Jika tidak pasti dan masih ragu-ragu, baiklah kita dengan yang sedia ada ini, yang kita sudah tahu buruk baiknya.

Atok [ejamkan mata seketika, atok melihat masa depan politik negara kita yang celaru. Tidak mustahil nasib kita akan jadi sebagaimana rakyat Mesir dan Iraq.


Tok Awang Selampit.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor