SANAA - YAMAN. Seorang komander kanan al-Qaeda terbunuh dalam satu serangan dron Amerika Syarikat (AS) di selatan bandar pelabuhan Yaman, kelmarin.
Menurut laporan agensi berita CNN, serangan tersebut berjaya membunuh Nasr Ibn al-Ansi yang bertindak sebagai ketua operasi al-Qaeda yang berpusat di Sanaa.
Kematian al-Ansi disahkan ketua operasi al-Qaeda di Semenanjung Arab, Khaled Batarfi.
al-Ansi dipercayai individu paling rapat dengan Osama Laden pernah mengeluarkan kenyataan bahawa serangan berdarah di ibu pejabat majalah satira Charlie Hebdo di Paris pada Januari lalu, didalangi kumpulannya.
Difahamkan, sepanjang bersama al-Qaeda, al-Ansi bertindak sebagai jurucakap dan pakar strategi ketenteraan selain menjadi pemimpin nombor dua bagi organisasi pengganas itu. - Press TV
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor