Pihak polis akan melakukan penutupan jalan utama Kuantan - Johor Bharu, hadapan Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah pada 5 Mei bermula jam 8.00 malam dan akan dibuka semula secara berperingkat sehingga selesai proses penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan rasmi PRK Rompin.
Orang ramai khususnya warga Rompin diminta memberi kerjasama mematuhi arahan lencongan melalui jalan alternatif iaitu (dari arah Kuantan), memasuki simpang berhampiran bangunan Jabatan Kemajuan Orang Asli dan keluar melalui simpang Kg Sepakat dalam jarak kira-kira 2.6KM.
Anggota polis trafik akan ditempatkan di sepanjang jalan terlibat bagi memastikan kelancaran lalu lintas. ACP Raveendran A/L Tharumalingam, Timbalan Komander Op PRK Rompin berkata demikian kepada wartawan pada sidang media di Pusat Media PRK Rompin, Kompleks MSN Rompin petang semalam. Hadir sama, ASP Zainalabidin Othman, Pemangku Pegawai Turus Trafik IPK Pahang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor