KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa kecewa dan kesal kejadian pergaduhan serius yang berlaku ketika proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, siang tadi.
Perdana Menteri berkata, seharusnya tidak ada ruang bagi tindakan tidak bertamadun seperti ini tatkala proses demokrasi sedang berlangsung.
"Saya percaya pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap pesalah laku yang mengakibatkan kekecohan," katanya.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengarah PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang atas usaha berkempen sepanjang berlangsungnya PRK kali ini.
"Barisan Nasional menerima keputusan penduduk Permatang Pauh dengan hati terbuka," katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini mengumumkan PKR menang pada PRK kali ini dengan majoriti 8,841 undi, menurun berbanding 11,721 undi, yang diperoleh mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor