Seorang pemuda yang dipercayai sedang berlumba dengan aksi 'Superman' maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Lipis-Benta dekat Kuala Lipis pagi tadi.
Mangsa, Putera Nur Alif Sarni, 20, beralamat dari Kampung Nabun, Benta mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, dalam kemalangan pukul 3.15 pagi itu mangsa dipercayai sedang berlumba bersama rakannya dari arah Benta menghala ke bandar Kuala Lipis.
"Mangsa dipercayai sedang membuat aksi berbahaya dengan gaya ala Superman sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.
Motosikal mangsa kemudian telah bertembung dengan sebuah kenderaan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat tidak memakai topi keledar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun pemandu dan penumpang kereta terbabit hanya cedera ringan dalam kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor