BUKIT MERTAJAM: PKR mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti undi menurun pada Pilihan Raya Kecil (PKR) kawasan berkenaan, semalam.
Calonnya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperoleh 30,316 undi, kelebihan 8,841 undi bagi menewaskan calon BN, Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi.
Bagaimanapun, majoriti undi PKR berkurangan sebanyak 2,880 berbanding 11,721 undi yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Hilang wang pertaruhan
Dua lagi calon, Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) serta calon Bebas, Salleh Isahak, masing-masing hanya memperoleh 101 dan 367 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan. Jumlah undi rosak pula 843.
Keputusan PRK berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jusni Ismail di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini, jam 10.17 malam tadi.
Seramai 53,145 orang atau 74 peratus daripada 71,890 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Permatang Pauh menunaikan tanggungjawab mereka di 24 pusat mengundi membabitkan 132 saluran.
Kemenangan Dr Wan Azizah semalam adalah yang keempat buat Presiden PKR itu di Permatang Pauh selepas PRU 1999, PRU 2004 dan PRU 2008. Beliau pernah meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding melalui PRK Permatang Pauh pada tahun 2008.
Pada PRU-13 dua tahun lalu, Anwar memperoleh 37,090 undi bagi menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi, manakala calon Bebas, Dr Abdullah Zawawi Samsudin hanya mendapat 201 undi.
malas nak gaduh pasal najib penat nak jawab segala tomahan harap najib boleh faham kami orang umno sayang kat dia tapi kami lebih sayangkan pati umno pati orang melayu siapa yang boleh bela orang melayu kalau bn kalah?
ReplyDeleteomakdak