Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak pernah meminta pandangan 15 ahli lembaga badan berkanun itu berhubung cadangan untuk melanjutkan had umur pengeluaran caruman kepada 60 tahun yang mendapat bantahan meluas pencarum.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, pihaknya kecewa kerana pengurusan badan berkanun itu tetap mahu meneruskan cadangan tersebut tanpa mendapat persetujuan ahli lembaga sedia ada terlebih dahulu.
Ahli lembaga KWSP terdiri daripada wakil kesatuan sekerja dalam sektor awam dan swasta serta persatuan-persatuan majikan termasuk ahli profesional yang berperanan untuk menjaga kepentingan pencarum KWSP yang kini berjumlah melebihi 14 juta orang.
“KWSP ada sekali sahaja membentangkan cadangan itu kepada ahli lembaga pada tahun lalu, namun tiada kata putus mahupun perbincangan diadakan dengan kami.
“CUEPACS yang berada dalam lembaga itu tidak menyangka KWSP akan mengumumkan cadangan tersebut kepada awam ketika ini. Sepatutnya cadangan ini boleh dibincangkan terlebih dahulu di peringkat ahli lembaga sama ada sesuai atau tidak dilaksanakan sebelum menjadi isu besar kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor