Pergerakan Puteri UMNO Malaysia semalam telah melancarkan jentera pilihanrayanya di PRK Rompin di Tapak Dewan Terbuka Majlis Daerah Rompin.
Pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO Dato'Seri Hishamuddin Hussein dan dihadiri oleh calon Barisan Nasional PRK Rompin Dato'Hasan Arifin selepas selesai penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.
Kesungguhan bagi membantu jelas terpancar disetiap wajah ahli Puteri UMNO yang hadir biarpun terpaksa berjalan kaki hampir 2 km kerana kesesakan jalanraya untuk ke majlis pelancaran jentera pilihanraya.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Dato'Mas Ermieyati ketika ditemu berkeyakinan Puteri UMNO mampu menggals tugas pada PRK Rompin kali ini khususnya dalam mendekati pengundi muda.Walaupun berdepan dengan kritikan pembangkang yang berkisar tentang umur calon,beliau menegaskan ianya bukan faktor utama dalam membawa aspirasi anak muda sebaliknya rangkuman pengalaman yang ada pada calon mampu menterjemahkan kehendak dan kemahuan pengundi muda dapat direalisasikan.
Pengalaman mewakili rakyat di dua kawasan DUN serta bekas Timbalan Menteri Besar calon BN Dato'Hasan Arifin memudahkan beliau mengenalpasti dan menyelesaikan permasalahan penduduk setempat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor