Pages

Wednesday, March 11, 2015

VIDEO AKSI TETAK TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL


Video aksi tetak tersebar di media sosial


Singapura - Sebuah video melibatkan seorang lelaki menyerang seorang lelaki lain menggunakan senjata tajam telah viral selepas dimuatnaik ke laman sosial Facebook, Twitter dan Youtube.

Video berdurasi 25 saat memaparkan seorang lelaki berbaju putih kelihatan cuba menetak seorang lelaki berbaju hitam di depan orang ramai.

Menurut laporan Straits Times Singapura, kejadian tersebut berlaku di sebuah kolej di Singapura

Sebuah tweet pula menunjukkan video pergaduhan awal beserta ayat " Seorang cedera dan jarinya hampir putus."

Selain daripada itu, foto menunjukkan darah, kereta polis dan van ambulans juga dimuatnaik.

Polis menahan seorang pemuda berumur 16 tahun untuk membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor