Pages

Wednesday, March 11, 2015

DUA PASAR RAYA DISIASAT


Mohd Nor Musa


Kuala Terengganu - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri telah membuat pemeriksaan ke atas dua pasar raya di daerah ini, susulan aduan pengguna berhubung kekeliruan tanda harga yang dipamerkan.

Pengarahnya, Mohd Nor Musa berkata, operasi dinamakan Ops Catut itu dilaksanakan kira-kira jam 11 pagi semalam melibatkan sebuah pasar raya di Kuala Terengganu dan sebuah lagi di Gong Badak.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati beberapa barangan di kedua-dua pasar raya berkenaan mempamerkan harga mengelirukan pengguna, iaitu harga barang semasa dan harga barang selepas GST.

"Dalam pemeriksaan itu, kita dapati pihak pasar raya berkenaan meletakkan label harga agak tinggi selepas Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dikenakan, tetapi pengiraan tidak mengikut format diberikan pihak berwajib.

“Kita ambil lima jenis barangan keperluan seperti pelembut fabrik bagi membantu siasatan. Kita juga akan memanggil pemilik pasar raya berkenaan untuk mengambil keterangan,” katanya.

Beliau memaklumkan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana memberi gambaran mengelirukan mengenai harga barangan jualan yang dipamerkan.

Sistem percukaian GST akan mula dilaksanakan pada 1 April nanti, menggantikan sistem percukaian sedia ada, iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor