Pages

Wednesday, March 11, 2015

KUALA KRAU : PROJEK MENDALAMKAN SUNGAI MAMPU SELAMATKAN PENGUSAHA IKAN SANGKAR



Sebuah syarikat telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi kerja-kerja 'menyedut' pasir bagi mendalamkan Sungai Pahang.

Projek ini dianggap perlu dan dijangka akan mampu mengurangkan risiko banjir didalam musim tengkujuh akan datang apabila usaha berkenaan siap sepenuhnya.

Rungutan pengusaha ikan sangkar berikutan kematian ikan-ikan peliharaan mereka juga mungkin akan dapat diatasi apabila suhu air sungai dapat dikembalikan seperti sediakala apabila dasar sungai didalamkan kelak.

Walaupun sebelum ini ada rungutan dan bantahan dari beberapa pihak, namun bantahan berkenaan dilihat tidak berasas.

Krew 'PahangKu Media' merakamkan foto beberapa kapal 'penyedut' pasir yang dibina di tebing Sungai Pahang berhampiran jembatan di Rumpun Makmur, Kuala Krau.





No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor