Seramai 241 peserta Projek Tanaman Semula (TSK) Orang Asli Kampung Selingkong, Pekandi bawah seliaan RISDA dan JAKOA menerima dividen TSK mereka di sini hari ini.
Mereka menerima dividen sebanyak RM 600.00 dengan pembayaran keseluruhan berjumlah RM144,600.
Pada majlis sama turut berlangsung penyerahan "mock check" pembayaran Dividen TSK Orang Asli Seluruh Negeri Pahang bagi tahun 2014 yang berjumlah RM 24,380,294.00 dengan purata pembayaran sebanyak RM 650.00 kepada 3,454 peserta. Turut disampaikan adalah "mock check" bagi pembayaran Bonus TSK bagi tahun 2014 yang berjumlah RM 2,380.294.00.
Setiap peserta TSK diberikan pemilikan sebanyak 6 ekar lot ekonomi yang membawa kepada pembangunan sebanyak 9,485.62 hektar tanah untuk kegunaan projek TSK di seluruh Negeri Pahang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 8,879.84 hektar telah mengeluarkan hasil.
Satu Majlis Penganugerahan juga telah dijalankan untuk mengiktiraf kejayaan yang telah dicapai dari projek TSK. Antara anugerah yang telah diberikan termasuk Anugerah TSK Terbaik, Anugerah Mandur Terbaik, Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Skim Simpanan ASB melalui TSK.
Anugerah TSK Terbaik dimenangi oleh TSK Sawah Batu 2 yang berjaya mengeluarkan hasil sebanyak 32.36 metrik tan dalam kawasan berkeluasan 80.94 hektar. TSK ini mula mengeluarkan hasil mulai April 2002 dan sehingga kini berjaya membantu meningkatkan taraf kehidupan 33 peserta sehingga hari ini.
3 mandur juga telah dipilih untuk Anugerah Mandur Terbaik. Tempat ketiga dimenangi oleh Encik Lim Tan Boon dari TSK Gedong Siam, tempat kedua dimenangi oleh Encik Azminizam A/L Marjan Dari TSK Simpai dan Mandur Terbaik TSK Orang Asli Negeri Pahang dimenangi oleh Encik Hamid A/L Sepeh dari TSK Sawah Batu. Mereka Semua Menerima insetif sebanyak RM1000.00, RM 700.00 dan RM 500.00.
Encik Karim Sing Chua dari TSK Paya Besar, Maran telah terpilih untuk menerima Anugerah Usahawan Cemerlang atas khidmat cemerlang beliau sebagai kontraktor ladang. Beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi TSK Paya Besar sejak tahun 2003 dan kini beliau memiliki 5 buah lori dan 18 tenaga kerja.
Dalam Usaha untuk menggalakkan simpanan di kalangan peserta TSK, Anugerah Skim Simpanan ASB melalui TSK turut diberi pengiktirafan pada majlis tersebut. TSK Simpai berjaya mengunguli kategori ini dengan jumlah simpanan ASB berjumlah RM 393,000.00.
Pada majlis yang sama pihak RPSB turut menyalurkan bantuan banjir kepada peserta TSK seluruh Negeri Pahang yang terlibat dengan banjir. sumbangan keseluruhan berjumlah RM 199,500.00 diagihkan kepada 1,995 peserta TSK yang mengalami kerugian akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor