MIRI: Seorang pelajar Tingkatan Lima menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas ditampar dan diugut di sebuah pondok di Kuala Baram Selasa lalu, menurut polis.
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata teman lelaki mangsa berumur 17 tahun telah mengancam untuk membunuh ibu mangsa sebelum merogolnya dalam kejadian pukul 4 petang itu.
Mangsa membuat laporan polis pada hari ini, katanya kepada Bernama.
Katanya, pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan polis sedang memburu suspek.
Gan berkata sebelum dirogol, suspek telah mengajak mangsa keluar untuk membeli barang dan sebaliknya telah dibawa ke tempat kejadian sehingga berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa ditampar beberapa kali oleh suspek.
Beliau berkata, mangsa cuba lari tetapi ditahan semula oleh suspek lalu dipaksa masuk ke sebuah pondok sebelum diugut dan dirogol.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor