Pages

Friday, March 28, 2014

RTM DIPILIH PENYIAR RASMI PIALA DUNIA 2014




Kuala Lumpur - Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai depan.

Sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD) akan disiar menerusi TV1 dan TV2 bagi memenuhi permintaan rakyat yang tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM Datuk Norhyati Mohd Ismail, dalam satu kenyataan hari ini, menyebut RTM menjadi penyiar utama bagi kejohanan empat tahun sekali itu sejak 1974.

"Siaran perlawanan ini nyata memenuhi permintaan rakyat yang meminati kejohanan itu tetapi tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar kerana menurut kajian lebih tiga juta rakyat daripada 6.4 juta isi rumah masih bergantung kepada penyiaran tidak berbayar yang disediakan kerajaan," katanya.

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA merupakan sukan nombor satu, paling berprestij dan diminati di seluruh dunia. 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor