Pages

Friday, March 28, 2014

MH370: SATELIT THAI KESAN 300 OBJEK TERAPUNG




Bangkok: Imej satelitThaitelah mengesan sebanyak 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika operasi pencarian pesawatMalaysia Airlines(MAS) MH370, kata seorang pegawai pada Khamis.

Menurut AgensiTeknologiAngkasa Lepas dan Geo-Teknologi, objek-objek yang berukuran di antara dua hingga 15 meter itu bertebaran di sekitar 2,700 barat daya Perth.

"Bagaimanapun kita tidak... tidak berani mengesahkan yang ianya serpihan dari pesawat," kata pengarah agensi tersebut, Anond Snidvongs kepada AFP.

Beliau memberitahu, maklumat-maklumat tersebut telah pun diserahkan kepada Malaysia.

Jelasnya, imej-imej itu telah diambil oleh satu-satunya satelit pemerhati bumi Thailand, Isnin lalu, tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Katanya objek-objek tersebut telah dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan tumpuan satelit Perancis sebelum ini dalam usaha mereka mencari pesawat Boeing 777-200 yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Pesawat tersebut telah dikatakan terhempas di lokasi terpencil di Lautan Hindi selepas berpatah balik dalam perjalanannya dariKuala Lumpurke Beijing, dan dilaporkan terbang beberapa jam dalam arah yang bertentangan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor