Pages

Saturday, March 29, 2014

MH370: MAS SAHKAN JURUTERBANG DAN PEMBANTU LALUI TAPISAN PSIKOLOGI




Kuala Lumpur: Malaysia Airlines(MAS) hari ini mengesahkan bahawa kedua-dua juruterbang telah melalui tapisan psikologi sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat.

Ketua Pegawai Esekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata tapisan itu dilakukan ke atas semua juruterbang baru dan dikendalikan oleh doktor penerbangan melalui temuduga.

“Ia sesuatu yang kita kendalikan setiap tahun dan juga setiap enam bulan… bergantung kepada usia mereka,” katanya pada sidang media bersama Pemangku Menteri Pengangkutan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat.

Walau bagaimanapun ketika ditanya sama ada kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang mengenali satu sama lain, Ahmad Jauhari kurang pasti.

“Tiada keperluan untuk mereka mengenali satu sama lain… tetapi kita ada komuniti juruterbang yang besar dan mereka mengenali satu sama lain dalam kumpulan. Kadang-kala mereka tidak kenal,” jelasnya.

Kata beliau lagi, untuk juruterbang dan pembantu juruterbang, MAS mempunyai sistem penjadualan automatik.

Baru-baru ini, pihak polis telah menemubual lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang dan pembantunya bagi membantu siasatan berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Sebelum itu, sebuah akhbar tabloid di Britain,TheDaily Mirror melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menemui isteri juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi merungkaikan misteri kehilangan pesawat itu yang masuk minggu ketiga.

Polis sebelum ini menyiasat kediaman Kapten Zaharie dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid setelah siasatan awal mendapati pesawat berkenaan melencong dan berpatah balik dari laluan asalnya ke Beijing.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor