Pages

Saturday, March 29, 2014

PEMAIN GOLF AUSTRALIA BERTUAH TAK JADI NAIK MH370




Melbourne - Cabutan undian menyaksikan seorang pemain golf profesional Australia Wayne Perske menarik diri di saat-saat akhir daripada menaiki pesawatMalaysia Airlines (MAS) MH370, lapor akhbar The Sydney Morning Herald.

Pemain berusia 39 tahun dan bapa kepada dua orang anak dari Brisbane itu sepatutnya menaiki pesawat tersebut dari Kuala Lumpur ke Beijing untuk menyertai kelayakan PGA China.

Namun semasa di Kuala Lumpur, dalam tempoh 24 jam sebelum berlepas, beliau diberitahu beliau diundi untuk terbang pada minggu kedua kelayakan, dan bukan di minggu pertama.

Beliau kemudiannya pulang ke Brisbane. "Hampir-hampir menemui malang," katanya membuat Tweet pada 8 Mac, hari pesawat itu hilang.

Perske memberitahu radio 2UE di Sydney pagi semalam beliau merasa sangat bertuah berada di rumah bersama keluarganya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor