Pages

Thursday, March 20, 2014

MB RASMI SUKAN GEMAPUTRA KE-Xlll



Kuantan, 20 Mac - Petang tadi bertempat di tingkat 16 Bangunan PKNP, Kompleks Teruntum, YAB Menteri Besar Pahang merasmikan pelancaran Sukan Gemaputra Ke-XIII yang akan berlangsung dari 26 - 29 Mac 2014 nanti dimana Pahang akan menjadi tuanrumah. 

Gemaputera adalah singkatan kepada Gabungan Agensi  Amanah Bumiputera dan Perusahaan Awam Malaysia bertujuan untuk merapatkan hubungan dan memperkukuhkan kerjasama agensi-agensi dan perusahaan awam melalui aktiviti bersukan.

Sukan Gemaputra adalah acara sukan dwi-tahunan dengan disertai oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-Negeri dari 13 buah negeri serta agensi yang turut bernaung iaitu UDA Holding manakala SME Bank telah menarik diri baru-baru ini.

Kali pertama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang menjadi tuanrumah adalah pada tahun 2000 lalu. Pada kali ini dijangkakan seramai 1500 peserta akan mengambil bahagian dan berkampong di Kuantan. 

Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah memancing, bolajaring, karom, futsal, boling dan golf manakala lokasi pertandingan adalah di Pusat rekreasi MPK Balok, Stadium Tertutup SUKPA, Kompleks Dagangan Mahkota Bandar Indera Mahkota, Universiti Islam Antarabangsa, Megalanes dan Kelab Golf Diraja Pahang.

Acara sukan ini juga dijangkakan akan dapat memberikan sedikit manafaat kepada peniaga sekitar bandar Kuantan seperti pengusaha hotel, restoran serta kedai cenderamata.





No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor