Pages

Friday, March 21, 2014

BATAL DEMI KESELAMATAN, BANTAHAN ORANG RAMAI

Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff

Kuantan - Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff semalam mengesahkan pembatalan Festival Muzik Antarabangsa Kuantan kerana mengambil kira faktor keselamatan dan bantahan penduduk setempat.

Menurutnya, sebelum meluluskan permit ke atas permohonan berkenaan, polis turut menitikiberatkan keselamatan pengunjung selain mengambil kira faktor moral dan sensitiviti orang ramai.

“Kita menasihatkan penganjur supaya membatalkan festival ini bagi mengelakkan sebarang masalah dan belajar dari iktibar peristiwa di festival muzik di Bukit Jalilbaru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, festival yang julung kali diadakan itu mungkin menarik ramai pengunjung terdiri dari remaja dan belia sekali gus mengundang pelbagai perkara yang mungkin tidak terfikir sebelum program bermula.

Katanya, polis dan pihak berkuasa agama di negeri ini kini serius membanteras penyalahgunaan dadah dan maksiat.

“Oleh itu, cara terbaik ialah mengambil kira bantahan orang ramai dan sensitiviti masyarakat setempat yang tidak mahu festival itu diteruskan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor